Tafsir: Al-Masad

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang diusahakan.
Kelak dia akan masuk dalam api yang bergelojak.
Dan isterinya pembawa kau bakar.
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.

  1. surah ni juga dikenali dgn nama al-Lahab
  2. surah ni ringkas tapi mesejnya jelas dan berpuitis (lihat rima)
  3. surah ni turun lepas Rasulullah s.a.w. naik ke Bukit Safa dan mengumumkan dakwahnya kepada seluruh penduduk Mekah.
  4. Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai kaumku, bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa disebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu. Apakah kamu mempercayai kataku itu?” Jawab mereka : “Ya, kami percaya, kerana sebelum ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu.” Maka berkata Abu Lahab: “Celakalah atau binasalah kau diseluruh hari ini. Apakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?
  5. lepas saja peristiwa ini, turun ayat daripada Allah mencela Abu Lahab dan isterinye.
  6. nama Abu Lahab disebut direct dalam al-Quran - sama level dengan Firaun, Qorun, Hamman etc.
  7. Allah meletakkan nama Abu Lahab dan mencelanya secara direct. celaan tu bukan kena kat Abu Lahab sorg je sbb kite tau yg Quran bukan diturunkan utk satu zaman je.
  8. maknenye, Allah nak cerite yg sepanjang zaman akan ade watak2 yg same mcm Abu Lahab.
  9. sepanjang usia dakwah dari zaman ke zaman, akan sentiase ade org yg perangai macam Abu Lahab dan Allah mencela org2 camni yg menentang pendakwah2.
  10. begitu jugak isteri Abu Lahab yg tolong Abu Lahab menentang Rasulullah s.a.w.
  11. Allah nak cerite kt sini, bukan saje org yg menentang, org yg tolong menentang pon Allah akan balas dengan azab neraka tak kire la lelaki ke perempuan.
  12. dalam surah ni jugak nak ceritekan yg kerje dakwah ni akan sentiasa mendapat tentangan - maka para pendakwah jgnlah gusar kerana Allah akan membalas penentang2 itu
  13. kesimpulannye, kalau pon tanak buat keje dakwah, jgnla kite jadi mcm Abu Lahab. Neraka balasannye.
WA


Hadith 1 (Faiz)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tafsir: Al-Ikhlas

  1. surah ni diturunkan oleh Allah ketika org2 musyrikin tanye kpd Rasulullaah s.a.w. tentang sifat2 Allah. (Tirmizi, al-Hakim, Ibnu Khuzaimah dari Ubai bin Kaab)
  2. surah ni pendek tp merangkumi intipati risalah dakwah Rasulullah s.a.w. yakni mentauhidkan Allah s.w.t.
  3. mentauhidkan Allah semata-mata adelah objektif penurunan wahyu, objektif kerje2 para Rasul a.s. dan objektif kejadian manusia.
  4. semua manusia wajib menjadikan Allah sebagai tujuan dan matlamat.
  5. masalah manusia hari ini adelah sebab tak mentauhidkan Allah.
  6. ramai manusia mensyirikkan Allah dengan bende2 lain tp tak sedar.
  7. mentauhidkan Allah maksudnye meletakkan segala kebergantungan, kesetiaan tak berbelah bagi, pusat pengabdian hanye kpd Allah.
  8. maknenye, semue bende yg kite buat, wajib ditujukan hanye utk Allah.
  9. bile kite kate semue hanye utk Allah, make carenye kenelah care yg Allah nak.
  10. so, kite kene beradab, bergaul, bekerje, berfikir, memimpin, menjalani kehidupan hanye dengan care yg Allah suke iaitu sunnah Rasulullah s.a.w.
  11. kalo setel masalah mentauhidkan Allah, nescaye semue org akan aman
  12. surah ni jugak menceritekan ttg Allah yg tak beranak dan tak beribu/bapa
  13. jelas dlm ayat ke-3 Allah cerite ttg sifat2Nya
  14. sifat ini bertentangan dgn fahaman org Kristian tentang Allah
  15. last skali Allah kate, takde satu bende pon yg sama level dgn Dia. maknenye kite sendiri tak boleh nk samekan level Allah dgn bende2 lain.
  16. renungkn balik bile azan dilaungkan - Allaahuakbar 2x..
  17. mase tu kite nilai diri kite same ade nak berenti bekerje dan sahut kebesaran Allah atau meletakkan kerje kite lebih penting drpd solat berjumpe Allah?
  18. kenape surah ni dinamekan al-Ikhlas padahal takde pon perkataan ikhlas dlm surah ni?
  19. ikhlas bermaksud meletakkan segalenye utk Allah.
  20. surah ni secare tak langsung menyuruk kite hanye meletakkan pusat perhambaan kite hanye kpd Allah - bukan kpd duit, kerje, study, makan, parents, karier etc.
  21. semue bende2 tu tak significant melainkan Allah sahaja.
  22. Adekah kite benar-benar mentauhidkan Allah dalam kehidupan seharian?


Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds.