KoKo 8: Jangan Jadi Abu Lahab!

Tafsir: Al-Masad

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang diusahakan.
Kelak dia akan masuk dalam api yang bergelojak.
Dan isterinya pembawa kau bakar.
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.

  1. surah ni juga dikenali dgn nama al-Lahab
  2. surah ni ringkas tapi mesejnya jelas dan berpuitis (lihat rima)
  3. surah ni turun lepas Rasulullah s.a.w. naik ke Bukit Safa dan mengumumkan dakwahnya kepada seluruh penduduk Mekah.
  4. Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai kaumku, bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa disebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu. Apakah kamu mempercayai kataku itu?” Jawab mereka : “Ya, kami percaya, kerana sebelum ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu.” Maka berkata Abu Lahab: “Celakalah atau binasalah kau diseluruh hari ini. Apakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?
  5. lepas saja peristiwa ini, turun ayat daripada Allah mencela Abu Lahab dan isterinye.
  6. nama Abu Lahab disebut direct dalam al-Quran - sama level dengan Firaun, Qorun, Hamman etc.
  7. Allah meletakkan nama Abu Lahab dan mencelanya secara direct. celaan tu bukan kena kat Abu Lahab sorg je sbb kite tau yg Quran bukan diturunkan utk satu zaman je.
  8. maknenye, Allah nak cerite yg sepanjang zaman akan ade watak2 yg same mcm Abu Lahab.
  9. sepanjang usia dakwah dari zaman ke zaman, akan sentiase ade org yg perangai macam Abu Lahab dan Allah mencela org2 camni yg menentang pendakwah2.
  10. begitu jugak isteri Abu Lahab yg tolong Abu Lahab menentang Rasulullah s.a.w.
  11. Allah nak cerite kt sini, bukan saje org yg menentang, org yg tolong menentang pon Allah akan balas dengan azab neraka tak kire la lelaki ke perempuan.
  12. dalam surah ni jugak nak ceritekan yg kerje dakwah ni akan sentiasa mendapat tentangan - maka para pendakwah jgnlah gusar kerana Allah akan membalas penentang2 itu
  13. kesimpulannye, kalau pon tanak buat keje dakwah, jgnla kite jadi mcm Abu Lahab. Neraka balasannye.
WA


Hadith 1 (Faiz)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.