Koko 9: Hadis 3

Assalamualaykum wbt.
Sabtu lepas, kita telah berbicara tentang Hadis no 3 daripada Hadis 40. Sekadar re-cap;







عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ 

سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ 





إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، 

وَصَوْمِ رَمَضَانَ


رواه البخاري ومسلم





Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


lslam itu terbina atas lima perkara: Mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
--Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim--

Intipati Hadis:
Menurut tafsiran ilmuwan-ilmuwan fiqh seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syed Sabiq dan Imam Abu Hanifah (beberapa contoh) membicarakan Hadis ini sekadar menerangkan mengenai 5 rukun islam.
1) Syahadah
2) Solat 5 waktu
3) Mengeluarkan zakat
4) Berhaji ke Baitullah
5) Berpuasa di bulan Ramadhan

manakala ulama' kontemporari membicarakan hadis ini dari makna susunan, pemilihan perkataan dan khalayak pendengar (kepada siapa Rasulullah s.a.w berbicara). Contoh ulama' yang menyokong dan menerbitkan bentuk tafsiran sebegini adalah Syaikh Muhammad Soleh Al-Utsaimin dalam kitab syarah hadis 40 beliau.
1) Syahadah adalah soal stand atau pegangan kita. Kukuhkan pegangan rohani kita kepada pencipta yang sebenar-benarnya (Allah) dengan berpandukan pada contoh nampak iaitu Rasulullah s.a.w
2) Solat ialah penjagaan hubungan dengan pencipta, pemberi rezeki dan raja segala kerajaan; Allah s.w.t. Oleh itu, sentiasa betulkan niat dan betulkan pegangan sebelum menghadap Dia yang tahu segala benda termasuklah hati yang tidak mempunyai pegangan.
3) Mengeluarkan zakat termasuk dalam community service. Ianya perlu dilakukan walaubagaimana keadaan sekalipun. Community service sekiranya dilakukan tanpa ikhlas akan menghilangkan kebaikan dan ganjaran yang bakal diperolehi di akhirat kelak, tetapi kebaikannya balik semula kepada kita di dunia seperti pengurangan kadar jenayah, peningkatan ekonomi melalui pelan suntikan ekonomi primitif, dan hidupnya sikap bantu-membantu sesama muslim.
4) Haji ke Baitullah membawa kita menyelusuri bukti-bukti kerasulan terdahulu.
5) Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu matapelajaran Pendidikan Hawa Nafsu. Pendidikan bersifat setempat dan bermasyarakat. Oleh itu, untuk memastikan kesan puasa melekat secara maksima, Individu perlu melaksanakan puasa dengan penuh khusyuk dan tawadu'. Kalau sekiranya tidak wujud lagi ikhlas, mekanisma paksaan dalam islam berjalan(puasa wajib) tetapi kesannya balik dalam bentuk keduniaan seperti; memberi kita banyak masa untuk pekerjaan dan rehat (lebihan masa makan sebanyak +/- 5jam sehari), Masyarakat terhindar dari keburukan-keburukan tingkahlaku (tiada tenaga untuk mengumpat, menculik, membuang bayi dsbgnya) dan contoh-contoh lain.

Makna kata "بُنِيَ" :
Buniya = terbina/terasas (pembinaan secara berperingkat).

Secara lafaz fizikalnya, hadis 3 menunjukkan adapun islam itu ada/wujud selepas 5 perkara ini wujud dalam diri manusia. Dengan kata lain, Islam tak boleh sangat nak harap kan orang-orang yang sembahyang selalu je qodho' , puasa pun selalu je uzur, apatah lagi orang yang masih mencari-cari wujudkah Tuhan? betul ke ada utusan Tuhan?
Orang-orang macam ni, bila-bila masa saja boleh roboh. Maka, janganlah membina islam dengan bantuan orang-orang ni takut silap haribulan, roboh pulak nanti.

Islam itu bukan dengan zakat, puasa, solat...dsbgnya. Islam itu lengkap. Macamana solat kuat puasa kuat dan bayar zakat tapi menipu dalam timbangan serta menindas orang-orang miskin? Sebab itulah islam datang dengan sistem perniagaan dan sistem kewangan yang bebas penipuan dan penindasan.
Bagaimana pula kalau orang-orang islam ni asyik bangunkan ekonomi, bebas rasuah, bebas kezaliman tetapi selalu je kena jajah. Kejap-kejap askar jepun yang kecil-kecil dan comel-comel datang menjajah. Lepas tu datang pulak British, Belanda....so on.... Nak solat pun susah. Maka islam ada sistem ketenteraan Jihad untuk menjaga rakyat dan negara Islam.

Demikianlah Islam yang sebenarnya. Bukan sekadar berbicara tentang hukum bersunat, dan hukum hudud sahaja. Kita berbicara tentang sesuatu yang lebih besar; Zero kezaliman di seluruh dunia. Bebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata, bebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

[seni+3.jpg]
Creative Commons License
Hadis 3 by Zulkifli Zakaria is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 United States License.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds.